May 11, 2009

Komen selepas FERNO berjaya diadakan

Banyak sungguh ucapan penghargaan dibuat, terima kasih utk semua peserta yg telah menjayakannya....Bravo Untuk Semua.....

Ahmadabhamid:

" Tiada kata yang boleh mengambarkan kegembiraan semua. Penat lelah hilang melihat 56 buah motor ER6 diatur rapi. Pohon ampun diatas segala kekurangan dan ketidak sempurnaan. Tanpa Yusuf dan kawan kawan, tak mungkin perhimpunan yang begini besar dapat di jayakan. Terharu juga melihat kawan kawan dengan sukarela mengatur konvoi, membuat TTS untuk mungutip duit dan sebagainya. Semangat kerjasama pemilik ER6 memang cemerlang. Keep it up. 


Saya sekarang cuba menulis cerita untuk Bikerz. Aboi bagi saya 2 hari untuk menyiapkan artikel mengenai perhimpunan semalam. Saya amat mengharap Bro Bro boleh post berbagai berita dari sudut pandangan Bro mengenai perhimpunan semalam supaya saya dapat cut and paste untuk artikel tersebut. Salam dan taniah. Moga di panjangkan umur untuk berjumpa lagi..."

=======================================================

yusuffer6n:

yusuffer6n melaporkan: 

" Yg pertama sekali, syukur, dipanjatkan kepada Allah S.W.T , kerana perancangan kita semua menjadi, berjaya direalisasikan .... 

Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya dan IPD Putrajaya, yg telah memberi kita semua The FERNO - kebenaran, kelulusan mengadakan gathering ini di Putrajaya, dengan mudah sekali...sepanjang correspondent saya dgn pegawai-pegawai mereka, memang baik sekali. 
Thanks to En. Zamri Hashim dari Perbadanan Putrajaya,...termasuk ASP Gucharan Singh yg sangat beramah mesra semasa saya minta kelulusan permit tu, (Di biliknya, sempat borak masa zaman sekolah dulu, saya dulu Sekolah Menengah Sains Raub, SPM Tahun 1986, dia masa tu STP Tahun 1985 Sekolah Menengah Mahmud, Raub.) 

Terima kasih kepada semua penunggang ER6 dari seluruh Malaysia, ada yg sanggup ride dari jauh semata-mata nak jumpa members yg lain. Ada wife yg sporting , turut serta. 

Bagi pihak Urusetia penganjur, saya sangat gembira dapat respon penglibatan yg melebihi sasaran 50 biji, selepas brother Fuad kira katanya 56 biji . Selepas ramai dah balik, saya pun dah kemas barang masuk kereta, ada lagi yg baru sampai, mungkin 4 motor lagi, maknanya mungkin cecah 60 bijik... (kita keluarkan balik sate bagi mereka makan mana yg ada lagi...) 

Terima kasih kpd AJK lain yg membantu, Bro Aput (kita beruntung ada profesional photograper), James, MK, Hazrin,Paiz dll. Bro Edd yg pamerkan exhaust AHM tu (ramai berminat nih, aku pun), dan semua yg telah menjayakannya.... 

THANK YOU FOR ALL OF US, (A BIG ROUND OF APPLAUSE)  

To our big Bro (Abg Mad) - Special BIG Salutation To U, (Mr President kot?) "

...Until we meet again, NEXT TIME...yusuffer6n

=================================================

Yg kelakar (thanks insman)  - kusampaikan khas buat isteri tersayang...

insman:

 " salam,  thanx pada bro yusuf, abg mad & AJK-AJK yang bersusah-payah menjayakan kenduri FERNO kita ari tu..Tak lupa juga pd sume kawan-kawan yg telah berjaya hadirkan diri..Korang mmg best.. 

Tapi yang paling best, aku tak bleh lupa ialah jus oren bro yusuf..kesedapannya buat aku teringat sampai ke malam..hehe"




0 comments: