Mar 22, 2010

1st Anniversary FERNO pada 10 April 2010 di Hotel UITM, Shah Alam

ya, bertempat di Hotel UITM, Shah Alam, akan diadakan sambutan ulangtahun 1 FERNO.

Mesy Urusetia telah diadakan pada Rabu, 17hb Mac 2010. Pada keesokan harinya, 18hb aku post kat Internet, dan create thread baru Kehadiran ke event ini, pada hari ini, Isnin, 22 hb, senarai kehadiran telah mencecah 60 orang. Target 100 biji motor er6 disusun nanti...

Aturcara dah aku masukkan pada 18hb tu, baju Adb dah up kan hari ni, 22hb.Baju cantek - banyak colours...

Oct 17, 2009

Meeting 1 Forumers FERNO on 14/10/09

Meeting ni telah berjalan lancar kat pejabat Abg Mad di Menara Millinium,Damansara,  KL. Yg hadir 9 orang termasuk TP.

Antara keputusan meeting:

- Exco members adalah scr otomatik semua Mods.

- Keputusan terpakai majoriti of Exco decisions.

- Logo FERNO akan dijual oleh FERNO sendiri dgn profitnya masuk ke dlm Akaun ferno.

- Akaun akan dibuka akaun joint ditt oleh mana-mana 2 org exco ferno.

- Objektif FERNO setakat ni dipersetujui berkisar sekitar objektif Forum nih.

(akan diupdate lagi nannti) 

Aug 24, 2009

Cadangan Berbuka Puasa FERNO


SATU perkara yang cukup menarik perhatian penulis mengenai lokasi menjamu selera kali ini adalah namanya. Intai-intai, kena pada tempatnya. Kata pemiliknya, Baha, "kena intai dulu baru nampak."

Benar, walaupun terletak hanya di tepi Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2), namun bagi sesetengah pengunjung yang tidak biasa dengan tempat ini pasti jenuh juga mencarinya.

Hari ini hari kedua umat Islam menunaikan ibadat berpuasa. Kebetulan di hujung minggu, apa salahnya disambut dengan sesuatu yang lebih istimewa.

Bawa keluarga mahu pun rakan mengunjungi Restoran Intai-intai yang menyediakan hidangan berbuka puasa istimewa untuk pengunjungnya.

"Nuansa Tradisi Ramadan 2009" adalah tema yang dipilih. Menurut Baha, konsep kali ini adalah gabungan gerai makanan Bangkok dan masakan Kelantan kampung.

Lebih 98 jenis hidangan disediakan. Bermula dari pilihan pembuka selera yang memikat, hidangan utama yang mengecurkan begitu juga dengan desert yang menyelerakan.

Antara yang menarik hari ini adalah kambing panggang (hujung minggu sahaja) dengan pelbagai sos pilihan. Pembuka selera pula terdiri daripada lima hingga enam jenis kerabu antaranya kerabu kaki ayam dan kerabu isi ikan keli dengan mangga muda. Selain itu, terdapat ulam-ulaman, keropok, ikan masin dan banyak lagi.

Bagi menu utama, hidangan stail gerai Bangkok menghimpunkan pelbagai hidangan seperti kai phad nam prik prow (ayam pedas sos tomyam), pla muek pad prew wan (sotong masam manis), udang mentega, kari hijau dan banyak lagi.

Masakan Kelantan pula merangkumi nasi kerabu Kubang Kawah, nasi dagang, gulai ikan tongkol, ayam percik, daging bakar dan laksam.

Pilihan pencuci mulut pula pelbagai. Daripada pencuci mulut Thai yang manis seperti tako dan kastard labu hingga pelbagai jenis kuih-muih Melayu, bubur (empat hingga lima jenis), kek dan buah-buahan.

Selain itu, terdapat juga gerai (stesen) istimewa berkonsepkan Bangkok Street, mi/ rojak, bakar-bakar dan goreng-goreng.

Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Dengan RM45++, nikmatilah pelbagai makanan kegemaran sepuasnya dalam suasana rumah kampung yang dikelilingi hutan rimba dan juga kolam. Untuk kanak-kanak, hanya RM22++ dikenakan.

Promosi istimewa sehingga Ramadan ke tujuh, diskaun 15 peratus diberikan bagi kunjungan minimum lapan orang.

May 12, 2009

May 11, 2009

Komen selepas FERNO berjaya diadakan

Banyak sungguh ucapan penghargaan dibuat, terima kasih utk semua peserta yg telah menjayakannya....Bravo Untuk Semua.....

Ahmadabhamid:

" Tiada kata yang boleh mengambarkan kegembiraan semua. Penat lelah hilang melihat 56 buah motor ER6 diatur rapi. Pohon ampun diatas segala kekurangan dan ketidak sempurnaan. Tanpa Yusuf dan kawan kawan, tak mungkin perhimpunan yang begini besar dapat di jayakan. Terharu juga melihat kawan kawan dengan sukarela mengatur konvoi, membuat TTS untuk mungutip duit dan sebagainya. Semangat kerjasama pemilik ER6 memang cemerlang. Keep it up. 


Saya sekarang cuba menulis cerita untuk Bikerz. Aboi bagi saya 2 hari untuk menyiapkan artikel mengenai perhimpunan semalam. Saya amat mengharap Bro Bro boleh post berbagai berita dari sudut pandangan Bro mengenai perhimpunan semalam supaya saya dapat cut and paste untuk artikel tersebut. Salam dan taniah. Moga di panjangkan umur untuk berjumpa lagi..."

=======================================================

yusuffer6n:

yusuffer6n melaporkan: 

" Yg pertama sekali, syukur, dipanjatkan kepada Allah S.W.T , kerana perancangan kita semua menjadi, berjaya direalisasikan .... 

Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya dan IPD Putrajaya, yg telah memberi kita semua The FERNO - kebenaran, kelulusan mengadakan gathering ini di Putrajaya, dengan mudah sekali...sepanjang correspondent saya dgn pegawai-pegawai mereka, memang baik sekali. 
Thanks to En. Zamri Hashim dari Perbadanan Putrajaya,...termasuk ASP Gucharan Singh yg sangat beramah mesra semasa saya minta kelulusan permit tu, (Di biliknya, sempat borak masa zaman sekolah dulu, saya dulu Sekolah Menengah Sains Raub, SPM Tahun 1986, dia masa tu STP Tahun 1985 Sekolah Menengah Mahmud, Raub.) 

Terima kasih kepada semua penunggang ER6 dari seluruh Malaysia, ada yg sanggup ride dari jauh semata-mata nak jumpa members yg lain. Ada wife yg sporting , turut serta. 

Bagi pihak Urusetia penganjur, saya sangat gembira dapat respon penglibatan yg melebihi sasaran 50 biji, selepas brother Fuad kira katanya 56 biji . Selepas ramai dah balik, saya pun dah kemas barang masuk kereta, ada lagi yg baru sampai, mungkin 4 motor lagi, maknanya mungkin cecah 60 bijik... (kita keluarkan balik sate bagi mereka makan mana yg ada lagi...) 

Terima kasih kpd AJK lain yg membantu, Bro Aput (kita beruntung ada profesional photograper), James, MK, Hazrin,Paiz dll. Bro Edd yg pamerkan exhaust AHM tu (ramai berminat nih, aku pun), dan semua yg telah menjayakannya.... 

THANK YOU FOR ALL OF US, (A BIG ROUND OF APPLAUSE)  

To our big Bro (Abg Mad) - Special BIG Salutation To U, (Mr President kot?) "

...Until we meet again, NEXT TIME...yusuffer6n

=================================================

Yg kelakar (thanks insman)  - kusampaikan khas buat isteri tersayang...

insman:

 " salam,  thanx pada bro yusuf, abg mad & AJK-AJK yang bersusah-payah menjayakan kenduri FERNO kita ari tu..Tak lupa juga pd sume kawan-kawan yg telah berjaya hadirkan diri..Korang mmg best.. 

Tapi yang paling best, aku tak bleh lupa ialah jus oren bro yusuf..kesedapannya buat aku teringat sampai ke malam..hehe"




Cari gambar di sini ya







Ini adalah Flickr Bro Aput, the photographer...

http://www.flickr.com/photos/marfmad/sets/72157617941670080/

... dapatkan gambar FERNO di sini...

Gambar dari aku pula, sebahagiannya dipamerkan, lepas nih kita kumpulkan gambar dan video terbaik dari kesemua photographer kita Bro Aput, Abg Mad, Paiz dan aku juga, kita bancuh tambah gula, susu , siapkan , burn DVD , edarkn percuma, atau jual sikit, dan print poster size...






May 6, 2009

Arah Perjalanan Ke KENDURI FERNO pd 9 Mei 2009

Tuan/Puan,

Sila ikuti panduan perjalanan di bawah:

Perjumpaan 1 Besar-besaran FERNO di Kolam Awam Presint 6, Putrajaya

1. Cari arah ke Putrajaya.

2. Cari arah ke PICC.

3. Sampai depan PICC, belok kanan.

4. Sampai traffic light, belok kanan.

5. Anda akan jumpa hotel Pullmann, Putrajaya di sebelah kanan anda, terus sahaja.

6. Sampai simpang, belok kanan, terus ke tempat itu, kawasan parking, depan Kolam Awam.

7. Urusetia diminta susun kan motor peserta yg sampai, tangkap gambar setiap orang. Berposing laah...

May 5, 2009

Part 1: Gambar pd 5 Mei 09 TTS Rest Limau Nipis Bangi



Ada 2 gambau jeh...nama : insman, awoi, james,aput,alpayeed,robaz,ghaz,fuad and me (yusuffer6n)

My FERNO Blog

Askum dan salam sejahtera semua,

Especially created for my FERNO brothers (Friends Amongst ER Owners Malaysia) and other visitors....

Sebenarnya, Blog ni adalah blog yg dibuat untuk memasukkan gambar-gambar aktiviti FERNO yg aku tangkap bila buat TTS, sebab aku tak pandai nak upload kat Web sana. Jadi nak mudah aku buatkan blog ni dan bila perlu di link kan ke Forum FERNO... members yg berminat boleh tengok dan jika nak download pun boleh...